Penyanyi Arrora Salwa yang mula mencipta nama dengan lagu Ahmad kini membuat kemunculan semula dalam industri hiburan apabila penyanyi itu menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-11.
Namun penglibatannya itu menerima perkhabaran negatif apabila muncul dakwaan yang mengatakan dia ada bermasam muka dengan rakan seperjuangan, Sheila Abdull dalam program tersebut.
Menafikan dakwaan nakal tersebut, Salwa berkata dakwaan itu hanya diwujudkan untuk mencetuskan sensasi dan kontroversi.
Ada yang kata saya dan Sheila bergaduh sampai bermasam muka. Itu tidak benar kerana antara kami memang tiada sengketa atau berbalah. Perkara itu wujud selepas potongan video daripada sebuah audio siar tular.
Dia dalam pada itu memuji respon Sheila Abdull yang dilihat profesional ketika menjawab pertanyaan media berkenaan khabar angin tersebut.
Terus terang saya sangat kagum dengan cara Sheila membalas pertanyaan itu. Sebaik sahaja insiden itu tular, saya terus menghubunginya dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan reaksi bijak.
Pemilihan perkataan yang baik dan cara menjawab dengan penuh profesional. Saya harap orang di luar sana jangan mudah percaya dengan berita ini.
Salwa juga berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah-fitnah tersebut ada menyentuh hal-hal keluarganya.
Mengenai isu itu juga (dakwaan bergaduh dengan Sheila), saya sudah berbincang dengan peguam. Setelah meneliti keseluruhan video, pada saya tidak ada apa-apa. Pada saya kalau benda negatif itu mengganggu nama baik dan keluarga. saya tidak teragak-agak untuk menghantar LOD (surat tuntutan) kepada dia.
Sekadar info, Arrora Salwa bukan sahaja pernah menerbitkan single lagu sendiri malah dia pernah berlakon dalam beberapa naskah filem dan drama seperti Menantu Sepuluh Ribu dan Kerat 14.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.