Nampaknya selebriti Malaysia kini sudah semakin berani memberikan komen mengenai isu politik. Baru-baru ini, Datuk Farid Kamil menerusi akaun Instagramnya memberikan peringatan kepada netizen agar tidak sesuka hati menghina menteri-menteri Malaysia kerana mereka mempunyai kuasa besar di dalam negara. Menurut Farid, mereka yang lantang bersuara pasti akan menghadapi masalah besar.
Kenyataan Farid itu dibuat berikutan sebuah artikel yang mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin belum mampu untuk menjadi pemimpin generasi muda Malaysia hanya bergantung kepada rupa paras kacak beliau sahaja.
Apa yang dikatakan Farid itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kami juga perasan sejak kebelakangan ini, Farid begitu rajin untuk berpolitik. Adakah benar ia sekadar teguran ataupun sindiran? Harapnya janganlah mencetuskan provokasi ataupun pergaduhan bersama peminat di Instagram.