“Jangan Beli Sebab Trend”, Snek Popular Jepun Didakwa Tidak Halal Mengandungi Arak

Travel

“Jangan Beli Sebab Trend”, Snek Popular Jepun Didakwa Tidak Halal Mengandungi Arak

Setiap kali melancong di luar negara, soal makanan halal memang antara isu yang selalu diutamakan oleh pelancong Muslim. Kadang-kadang ada kalanya kita sendiri terlepas pandang dan tak sedar, produk dibeli itu tidak halal.

Jangan sebab ramai pelancong Muslim yang beli, kita terus buat andaian produk itu halal. Itu tak semestinya betul, macam apa yang pengguna Twitter ini kongsikan.

Advertisement

“Antara souvenirs yang ramai I nampak melayu beli tadi tak halal.”

Snek popular yang dikongsikan antaranya ialah Tokyo Banana, Kitkat di Jepun dan Shiroi Koibito (white chocolate cookies). Wanita ini juga melihat sendiri ramai pelancong Muslim yang membelinya walaupun selepas ditegur.

Mengandungi arak dan gelatin

Kandungan di dalam snek popular ini mengandungi arak dan juga gelatin setelah disiasat oleh netizen yang lain. Jika diikutkan, sebelum ini juga memang ada khabar angin snek popular Tokyo Banana tidak halal.

Ni sebabnya kitkat and shiroi koibito tak halal. Sebab i mmg tau dari zaman study shiroikoibito guna animal-based shortening.

screenshot facebook

Kredit: Twitter

screenshot facebook

Kredit: Twitter

Dengan perkongsian ini, ramai netizen yang baru tahu tentang status halal snek ini walaupun ia sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sampaikan ramai yang akan mengirimkan snek ini kepada sesiapa yang melancong ke Jepun.

Artikel berkaitan: Peniaga Makanan Myeongdong Street Pasang Papan Tanda Halal Bila Ada Pelancong Berhijab Sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...