Seperti yang ramai ketahui, kumpulan penyanyi antarabangsa dari British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November nanti.
Malah, tiket konsert juga sudah mula dijual sejak semalam untuk pemegang kad CIMB dan penjualan tiket secara keseluruhan mula dijual hari ini.
Namun, ada juga peminat yang tidak berpeluang untuk membeli tiket memandangkan ramai peminat lain yang berpusu-pusu sehingga tiket habis dijual.
Seperti mengambil kesempatan, terdapat individu yang bertindak membeli tiket hanya untuk menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.
Menerusi ciapan di laman Twitter, kelab peminat Coldplay telah meluahkan rasa berang terhadap individu tersebut yang menjual tiket sehingga mencecah harga RM43,200 sedangkan harga tiket sebenar hanyalah RM1,258 sahaja.
Kalau tak ada niat nak beli atau pergi. Tolong jangan beli. Bagi peluang pada orang lain. Peminat Coldplay dah tunggu bertahun-tahun untuk konsert di Kuala Lumpur, Malaysia.
If you guys don’t have intentions to buy or go. Please don’t buy. Give the
chances to others. Coldplay fans have been waiting for years for the concert in Kuala Lumpur, Malaysia. #COLDPLAYinKL #coldplaymalaysia #ColdplayPerth #ColdplayinMY #ColdplayIndonesia #ColdplayInJakarta pic.twitter.com/mmqJeszwIn— Coldplay Asia World Tour Update (@Coldplay_Asia) May 16, 2023
Meninjau di ruangan balas, rata-rata peminat telah mengecam tindakan individu berkenaan yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.