Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Bandingkan Gaun Perkahwinan Saya Dengan Amyra Rosli – Anzalna Nasir

Bersikap merendah diri, pelakon Anzalna Nasir merasa tidak selesa apabila ada pihak yang membandingkan gaun perkahwinannya yang viral sebelum ini dengan gaun perkahwinan Amyra Rosli.

Advertisement

Anzalna berpendapat setiap pereka fesyen mempunyai keunikan mereka tersendiri. Untuk makluman anda, gaun perkahwinan ibarat Barbie Doll Anzalna direka oleh Cosry manakala gaun perkahwinan Amyra adalah rekaan Rizman Ruzaini.

Setiap artis mempunyai pereka pilihan masing-masing dan mereka memberikan sentuhan terbaik mengikut cita rasa artis. Bagi saya, tidak patut mana-mana pihak membuat perbandingan.

Lagipun perkahwinan ini sekali dalam seumur hidup dan sudah tentu saat bahagia itu mahu dikenang selamanya. Saya percaya jika ia terus berlaku sedikit sebanyak akan membuatkan orang kecewa. Saya sendiri tidak dapat membayangkan perasaan jika baju saya tidak menjadi pilihan.

Buat Amyra pula, beliau sebenarnya tidak terasa hati ataupun mempunyai masalah apabila perbandingan itu dilakukan. Malah, Amyra akui beliau merasa bangga kerana gaun perkahwinan beliau disebut-sebut antara yang terbaik.

Advertisement

Jujurnya saya bangga dengan sentuhan Rizman Ruzaini sehingga gaun ini menjadi sebutan netizen. Selagi perbandingan itu bukan sesuatu yang buruk saya okey kerana pilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan mereka yang melihat.

Pada pendapat kami kedua-duanya mempunyai kelas mereka tersendiri. Tidak perlu lah membuat perbandingan kerana “sentuhan” setiap pereka fesyen itu berbeza. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama