Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta haiwan yang membantah kaedah pelupusan anjing liar supaya mengambil pendekatan lebih konstruktif dengan mengadopsi haiwan-haiwan yang telah diselamatkan.
Beliau menegaskan kumpulan terbabit tidak perlu mengadakan bantahan, sebaliknya boleh membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui kaedah pengambilan dan pemeliharaan.
Kita sudah tegaskan bahawa pelupusan anjing ini akan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Jika mengikut prosedur operasi standard (SOP), anjing-anjing ini akan disimpan selama beberapa hari selepas ditangkap.
Dalam tempoh itu, NGO atau individu yang mahu membantu boleh mengambil dan memelihara anjing ini di rumah atau tempat masing-masing.Jadi, tidak timbul isu bahawa anjing ini akan ditembak atau dilupuskan begitu saja kerana ada SOP yang perlu dipatuhi.
Aminuddin turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut yang telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.
Langkah ini diambil berikutan aduan tinggi yang diterima berkaitan keselamatan awam akibat masalah anjing liar.
Dalam perkara ini, kerajaan negeri perlu bersikap adil dalam menyelesaikan aduan, terutama apabila berlaku kes serangan oleh anjing liar sehingga menyebabkan kecederaan.Ketika kejadian berlaku, tiada NGO atau pencinta haiwan berkenaan yang tampil memberikan bantuan,” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.