Peringatan penting untuk rakyat Malaysia yang sedang merancang percutian atau perjalanan ke India, terutama ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan.
Kedutaan Malaysia di New Delhi, baru-baru ini, menasihati rakyat untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan sempadan itu, susulan ketegangan terbaru antara India dan Pakistan.
Kenapa perjalanan ke sempadan India-Pakistan perlu ditangguhkan?
Kedutaan Malaysia di India, dalam satu kenyataan rasmi, mengingatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan ke negeri-negeri bersempadan dengan Pakistan seperti Jammu & Kashmir, Punjab, dan Rajasthan.
Ini berlaku selepas India melancarkan Operasi Sindoor pada 7 Mei, yang semakin memburukkan ketegangan di antara kedua-dua negara tersebut.
Serangan yang mengejutkan ini bukan sahaja menyebabkan kekacauan di kawasan tersebut, tetapi turut membawa kerisauan tentang keselamatan pelancong yang berada di kawasan berisiko tinggi ini.
Serangan ini menyebabkan 27 orang terbunuh, termasuk 25 pelancong Hindu, seorang pelancong Kristian, dan seorang penduduk Muslim tempatan.
India tuduh Pakistan, Pakistan menafikan
Sekadar info, India telah menuduh Pakistan menyokong kumpulan TRF, yang semakin membuatkan ketegangan antara kedua-dua negara ini meningkat.
Namun, Pakistan menafikan tuduhan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam menyokong sebarang tindakan keganasan tersebut.
Disebabkan itu, serangan ini menyasarkan sembilan lokasi, termasuk kawasan di Bahawalpur, Muridke, dan Muzaffarabad di Pakistan.
Kepada rakyat Malaysia, ini adalah peringatan penting bahawa perjalanan ke kawasan berisiko tinggi seperti Kashmir kini menjadi semakin berbahaya, dan keputusan untuk melancong ke kawasan tersebut perlu dipertimbangkan dengan teliti.