Jangan Ambil Lewa Aturan Berpantang Lepas Bersalin, Ini Kesalahan Yang Kerap Dilakukan..

Trending

Jangan Ambil Lewa Aturan Berpantang Lepas Bersalin, Ini Kesalahan Yang Kerap Dilakukan..

Apabila menziarah kawan bersalin, mata saya dok kerling orang kiri dan kanan katil kawan. Ramai yang ambil lewa tentang aturan berpantang sejurus selepas bersalin.

Advertisement

Kesalahan paling utama:

1. RAMBUT DIBIARKAN MENGERBANG, IKAT EKOR KUDA, IKAT TEPI

Sepatutnya sejurus keluar dari dewan bersalin, rambut sudah diikat kemas, kuat dan sekejap di atas kepala sehingga terasa tarikan pada seluruh bahagian dahi sehingga mata.

Ikatan yang kuat boleh menggurangkan risiko si ibu terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan sakit kepala yang kronik selepas bersalin.

2. PAKAI BAJU LENGAN PENDEK

Seeloknya pakai baju lengan panjang. Top up sweater jika wad berhawa dingin. Pakai serkup kepala/tudung dan berstokin.

Amalan ini untuk mengelakkan bentan urat di mana si ibu akan menggigil kesejukan yang kronik. Ada yang kena bentan urat sehingga seluruh tubuh mereka seperti terkena sawan tarik atau dalam istilah perbidanan, meroyan urat.

3. TIDAK MENITIKBERATKAN PEMAKAIAN STOKIN

Angin sejuk mudah memasuki tubuh melalui urat pada ibu jari kaki. Sapu minyak panas sebelum berstokin.

4. DUDUK BERGANTUNG KAKI

Untuk mengelakkan gangguan perjalanan darah pada bahagian kiri, ibu digalakkan untuk duduk melunjur.

5. MAKAN MAKANAN TERLARANG

Makanan yang disediakan kadang-kadang bersifat sejuk dan berangin. Ini boleh mengakibatkan si ibu mengalami bentan. Disebabkan itulah ada beberapa hospital swasta yang menyediakan makanan yang sesuai untuk untuk si ibu.

Contohnya di hospital SALAM, sejurus selepas bersalin, ibu diberi pilihan sama ada makan ikan tenggiri bakar atau ikan tenggiri masak singgang kerana mereka sedar akan kepentingan ibu menjaga amalan makanan selepas bersalin.

Jika anda bersalin di hospital yang tidak menyediakan servis seperti ini, maka perlukan inisiatif dari ahli keluarga. Sejurus si ibu keluar dari wad bersalin, sediakan makanan berpantang buat si ibu.

Kredit : Siti Aishah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...