Pelakon yang kini sudah bergelar usahawan, Datin Fouziah Gous mendedahkan seorang selebriti lelaki berhutang dengannya sebanyak ratusan ribu ringgit.
Jelasnya, sudahlah mengelak daripada membayar hutang, artis yang bukan dalam kalangan kawan baiknya itu juga terus menjauhkan diri dan tidak menghubunginya.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Fouziah mendedahkan selebriti tersebut mempunyai hutang yang banyak dengan pihak lain dan selepas berbincang dengan suami, dia bersetuju dengan membantu artis berkenaan.
Tambah aktres berusia 40 tahun itu lagi, dia paling sedih dan terkilan apabila selebriti yang dipinjamkan wang tersebut tidak memberi mesej ucapan hari raya kepadanya.
Dia boleh diam saja. Saya tunggu tau. Saya sangat menitikberatkan silaturrahim.”
Meskipun sudah menggunakan peguam untuk mewakilinya menghubungi artis tersebut namun panggilan telefon langsung tidak berjawab.
Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong seikhlas hati.”
Lebih membuatkan Fouziah terasa, apabila seebriti itu aktif membuat live dan berjualan di aplikasi TikTok namun langsung tidak mempedulikannya.
Dedah Fouziah lagi, dia menggunakan wang syarikat untuk membantu dan ketika mahu meminjam selebriti itu berjanji untuk membayar semula apabila mendapat job.
I tak akan bagitahu orang pun siapa you. You janganlah menguji atau mengambil kesempatan dengan orang yang tak dedahkan siapa you.”
@melodiberapi Kita up lagi, dah boleh teka siapa ke? #melodi #fyp #fyp? #fyp??viral #foryoupage #panas #viral #carisampaidapat ? original sound – Melodi