“Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang” – Peguam Nor Hidayah Tegur Ejen Insurans

Hiburan

“Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang” – Peguam Nor Hidayah Tegur Ejen Insurans

Biarpun kemelut melibatkan balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah dan keluarga mertuanya masih belum selesai, namun apa yang menyedihkan apabila difahamkan wujud pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menjadikan kes tersebut sebagai ‘modal’ melariskan perniagaan mereka, terutamanya dalam kalangan ejen insurans.

"Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang" - Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans

Advertisement

Menyedari akan masalah yang timbul, peguamnya Fadhlina Siddiq tampil menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

“Kepada ejen-ejen takaful dan hibah, jangan ambil kesempatan buat pemasaran atas kes-kes sebegini. Buat pemasaran yang tidak ada asas dan fakta. Hanya menggunakan penderitaan dan kesusahan orang lain.”

Dalam pada itu, beliau juga tidak ketinggalan menggesa pihak-pihak yang terlibat untuk menghentikan menjadikan kes yang melanda Hidayah sebagai salah satu rujukan untuk melariskan.

"Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang" - Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans

“Apa yang dilakukan itu salah dari segi moral. Hentikanlah…beri ruang untuk proses keadilan kepada semua pihak.”

Sementara itu, Fadhlina turut menasihati netizen untuk menghentikan segala komen-komen yang boleh mengeruhkan lagi keadaan kerana pihaknya difahamkan banyak pihak khususnya di media sosial cuba menjadikan kes tersebut sebagai kes rujukan bagi melariskan produk insurans dan hibah.

"Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang" - Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans

“Saya nasihatkan orang ramai jangan sebar atau komen jika tak pasti kerana fakta-fakta kes akan dibentangkan di dalam mahkamah.”

Semalam, peguam sivil, Mohamed Ibrahim Mohamad turut menafikan dakwaan yang mengaitkan anak guammya ada memfailkan saman terhadap ibu mentuanya seperti yang didakwa pihak tertentu.

Untuk rekod, Abam telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...