“Jangan Ambil D*dah, Melainkan Anda Mahu Diaibkan Dan Dilayan Seperti Penjenayah” – Cliff Umar

Hiburan

“Jangan Ambil D*dah, Melainkan Anda Mahu Diaibkan Dan Dilayan Seperti Penjenayah” – Cliff Umar

Penyanyi Cliff Umar menerusi satu hantaran di Instagram tampil meluahkan rasa kesal kerana tersilap langkah mengambil najis dadah.

Kata Cliff, dia berasa menyesal dan menganggap ia merupakan satu pilihan terburuk dalam kehidupannya.

Advertisement

Dia juga sempat menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan dadah melainkan mahu dilayan seperti penjenayah.

Jangan ambil dadah. Tiada kebaikan yang keluar darinya. Melainkan anda mahu diaibkan dan dilayan seperti penjenayah serta terpampang di seluruh media sosial dan berita nasional. Tuhan tahu saya menyesal.

Dia dalam pada itu mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakan selain menghargai kehadiran isteri di saat dia mengalami waktu sukar itu.

Terima kasih atas komen positif dan negatif. Semuanya baik saya masih hidup dan masih disayangi bidadari isteri saya. Saya sangat sayangkan awak, Anita.

Saya menyayangi awak sepenuh hati dan saya tidak akan mengecewakan awak lagi.

Terdahulu, penyanyi itu telah membuat pengakuan bersalah memiliki dadah jenis heroin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cliff umar heroin
7 months ago

Penyanyi Cliff Umar Ditahan Miliki Dadah Jenis Heroin, Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...