Pasangan suami isteri yang bergelar ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing.
Bagi mereka yang pertama kali mempunyai anak, isu seperti tempat tidur anak mungkin dianggap remeh kerana biasanya si ibu akan sentiasa mengawasi si anak hinggalah ke waktu tidur.
Namun begitu, satu perkongsian di media sosial TikTok oleh seorang pakar perubatan ini mungkin akan memberi sedikit info kepada anda mengenai kepentingan mengasingkan tempat tidur anak di bilik tidur.
Menurut doktor itu, terdapat banyak cuai dilaporkan di mana anak kecil meninggal dunia akibat sesak nafas disebabkan oleh terlangkup ketika tidur terutama bagi bayi yang berumur empat bulan ke bawah.
Tambahnya lagi, bayi sebenarnya tidak memerlukan bantal untuk kerana saluran pernafasan mereka akan tersekat dan terganggu jika menggunakan sebarang bantal di kepala ketika tidur.
Ibu bapa yang tidur bersama anak mungkin tidak menyedari telah menghimpit anak kecil mereka dan akhirnya akan melibatkan kehilangan nyawa pula pada anak tersayang.
Katanya, anak yang sudah besar juga tidak digalakkan untuk tidur sekali bersama ibu bapa kerana mereka akan terpengaruh dan terikut dengan aktiviti ‘parents’ ketika dalam bilik tidur.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan saranan doktor itu yang menyarankan pengasingan tempat tidur anak di bilik tidur.
Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara mengasingkan tempat tidur si kecil seperti penggunaan katil bayi dan sebagainya.
“Dari lahir anak saya dah biasakan tidur dalam baby cot, sampai sekarang dah 1 tahun 5 bulan masih tidur dalam tu. Abaikan kecaman orang lain, usahakan.” komen seorang netizen.