Seperti diketahui ramai, bakat serta lakonan Amir Ahnaf semakin lama semakin mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan.
Demi menjiwai watak dalam drama terbarunya, Amir telah menurunkan berat badan supaya kelihatan lebih susut dari berat badan asal.
Bagaimanapun, apabila menjawab soal netizen yang kurang gemar melihat dirinya berlakon, Amir akui berasal kesal kerana masyarakat sering melabel pelakon Melayu sebagai kayu serta ‘cringe’.
View this post on Instagram
Daripada pandangan Amir, netizen tidak sepatutnya mempunyai pemikiran yang skeptikal terhadap rupa paras pelakon drama ataupun filem tempatan kerana kualiti lakonan lebih penting.
Just welcoming our new faces. Jangan terlalu agungkan muka yang handsome, muka pretty boys. Kalau kau orang maki Melayu siapa lagi yang nak naikkan Melayu.
Sebelum ini, nama Amir Ahnad menjadi bualan netizen di platform media sosial selepas klip-klip drama terbaru yang memaparkan dirinya berlakon dianggap ‘cringe’.