“Jangan Acah Disakiti Kalau Pernah Buli Juga”, Netizen Pertikai Mangsa Buli Siber Berdepan Dengan Pembulinya

Trending

“Jangan Acah Disakiti Kalau Pernah Buli Juga”, Netizen Pertikai Mangsa Buli Siber Berdepan Dengan Pembulinya

Buat pengguna media sosial Twitter, pasti mengenali individu bernama Azfar Firdaus atau lebih dikenali sebagai @Azfarovski. Baru-baru ini, video beliau di satu rancangan temu bual Malaysia Hari Ini telah tular di media sosial.

Di dalam video itu, Azfar dijemput menghadiri siaran langsung rancangan itu yang memfokuskan kepada body shaming. Tiga panel dijemput termasuk beliau, dan rupa-rupanya salah seorang pernah membulinya di media sosial!

Advertisement

Menurutnya, sebelum ini Shazwan (panel jemputan) pernah membulinya di Twitter beberapa bulan lalu. Semuanya bermula dari satu artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani, tentang remaja albino yang diburu dan dikerat untuk ritual sihir.

“Tolong buru dan kerat Azfarovski sekali.”

twitter
Menerusi siaran langsung itu, Azfar secara beraninya telah bertanyakan kepada Shazwan tentang insiden yang berlaku itu. Ramai yang terkejut kerana ini pertama kali, Azfar sebagai mangsa buli berhadapan dengan pembulinya. Walaupun ada juga yang tak berpuas hati kerana Azfar telah memalukan pembulinya di dalam rancangan siaran langsung yang ditonton di seluruh Malaysia.


Selepas insiden ini tular, netizen mengungkit semula satu tweet daripada Azfar yang melakukan body shaming kepada satu individu lain iaitu Arlina Banana di Twitter.

“Tak payah nak acah disakiti when you have hurt others too

twitter
Sebelum ini, Azfar pernah memuatnaik satu tweet tentang Arlina Banana dan menyindirnya secara terang-terangan. Untuk pengetahuan anda, Arlina Banana sebelum ini sering kali dibuli di media sosial kerana saiz badannya.

twitter
Ramai netizen tidak berpuas hati kerana apa yang dilakukan oleh Azfar adalah sama sahaja dengan apa yang dibuat oleh Shazwan. Selepas menerima kecaman dari netizen, Azfar telah memberikan respon di akaun Twitternya.

Selain itu, Azfar turut memaklumkan dia dan Arlina sudah pun berbaik dan dia sendiri telah lama meminta maaf atas sikapnya itu. Dan nampaknya, Arlina sendiri tidak mempunyai masalah untuk menerima kemaafan daripada Azfar.

“Saya rasa saya perlu jelaskan perkara ini. Dia pernah tweet sesuatu yang menyakitkan hati saya tapi dia dah lama minta maaf.”

Jadi harapnya netizen boleh bawa bertenang kerana isu ini pun sudah diselesaikan antara mereka. Yang penting, hentikan buli siber!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...