Janet Jackson Sudah Peluk Islam?

Janet Jackson Sudah Peluk Islam?

Jika sebelum ini kami selalu paparkan gosip serta perkembangan artis di Malaysia sahaja, kali ini kita berubah angin sedikit dengan berita terbaru mengenai artis antarabangsa, Janet Jackson.

Advertisement

Janet Jackson, siapa yang tidak kenal dengan adik kepada penyanyi pop terkenal Michael Jackson ini bukan? Popular sekitar tahun 90an, Janet menjadi tumpuan hangat kini di Amerika Syarikat bahkan seluruh dunia apabila beliau dilaporkan sudah memeluk Islam.

Malah, beliau kini tampil dengan imej yang lebih sopan dan tidak melakukan tarian yang melampau mahupun menggoda sewaktu siri jelajah Unbreakable bersempena dengan kemunculan semula beliau dalam bidang hiburan.

Menurut sumber akhbar The Sun, Janet cukup bahagia dengan agama Islam dan keluarga beliau merestui keputusan yang dibuat olehnya. Buat masa ini, Janet sedang berusaha untuk mendalami Islam dengan lebih baik lagi.

Sebelum ini, Michael Jackson pernah dikatakan memeluk Islam ketika hayatnya tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya apabila Jackson meninggal dunia pada 2009. Hal itu diakui abangnya, Jermaine Jackson yang lebih dulu memeluk Islam.

Janet Jackson telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kaya, Wissam Al Mana pada tahun 2012.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...