Janet Jackson Peluk Agama Islam, Bakal Kahwini Hartawan Qatar

Janet Jackson Peluk Agama Islam, Bakal Kahwini Hartawan Qatar

Janet Jackson dikatakan telah memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan tunangnya, seorang hartawan dari Qatar, Wissam Al-Mana dalam satu perkahwinan mewah bernilai USD 20 juta.

Janet, 46, adik kepada Michael Jackson, akan berlahwin dengan Wissam, 36, pada tahun 2013. Wissam merupakan seorang eksekutif untuk firma keluarga Al Mana, mempunyai harta bernilai USD 200 juta, menurut Richest Org.

Al Arabiya melaporkan yang pasangan itu akan membelanjakan USD 3 juta untuk menerbangkan 500 tetamu ke  Doha dari seluruh dunia. Wissam akan memberikan  jam tangan Rolex bernilai USD 10,000 sebuah sebagai tanda terima kasih pada tetamu yang sudi hadir.

Advertisement

Berita tentang Janet memeluk agama Islam telah didedahkan oleh seorang penulis Turki, Adnan Oktar pada tahun 2010 supaya pasangan itu dapat melangsungkan perkahwinan mengikut agama Islam.  Perkahwinan itu dikatakan akan menjadi salah satu majlis perkahwinan yang paling besar, diingati dan ekstravaganza yang kekal dalam memori.

Menurut Emirates 247 pasangan itu bertemu pada tahun 2009 apabila Janet mengadakan persembahan di Timur Tengah. Janet merupakan seorang selebriti barat, begitu juga Wissam yang merupakan seorang selebriti dunia arab dan mendapat pendidikan di Amerika.

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...