Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan pelakon Fatin Afeefa berada di sebuah stesen minyak dan sedang mengisi petrol ke dalam salah sebuah kereta mewahnya.
Gara-gara perkongsian itu, netizen rata-rata menyifatkan suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sebagai seorang yang dominan apatah lagi semenjak lelaki itu mengaku dirinya seorang ‘alpha’ dalam sesebuah perhubungan.
Namun begitu, ada juga sesetengah netizen yang meluahkan rasa kurang senang dan simpati melihat Fatin Afeefa seolah-olah dilayan seperti orang suruhan dan bukannya sebagai seorang isteri.
Kesiannya Fa. Sis dah 10 tahun tak kahwin tak pernah turun isi minyak. Jangan bagi muka sangat. Sebab Alpha la tu yang Fa takut.
Enggan berdiam diri, pelakon filem Tentang Bulan itu tampil membidas komen segelintir netizen dengan nada yang sinis.
@yoursbabe_11 Eh bukan dngn laki ke? #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia
Lepas kahwin dilarang keluar kereta. Mengikut ajaran sesat. Pergi beli air pun tak boleh, Tap card dekat machine pun cannot. Semua cannot.
Tambahnya lagi, ibu anak dua itu juga tidak kisah jika perlu melayan suaminya dengan penuh kemanjaan dan kemesraan.
Tak apa sayang. Biarlah suamimu dimanja oleh wanita seperti saya #JandaKeDepan.