May 19th, 2014

Janda. Perkataan yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Apabila bergelar janda, seringkali masyarakat akan memandang serong. Bukan itu sahaja, si suami sebagai tempat bergantung hidup juga tiada menyebabkan kadangkala mata pencarian hilang lebih-lebih lagi jika tidak pernah bekerja. Namun begitu, tidak semua janda hidup sengsara malah ada yang membuktikan mereka mampu hidup selesa. Salah seorang daripadanya ialah Norish Karman.
norish karmanMerahsiakan tempat tinggalnya selama ini, Norish Karman baru-baru ini telah mengadakan majlis hari jadi di kondiminium mewah tempat tinggalnya bertempat di Mont Kiara. Kata Norish menerusi Berita Harian:-

Sejak dulu lagi saya tidak mahu orang tahu di mana tempat tinggal saya. bukan sebab pengintip atau sebagainya, tetapi orang selalu salah faham, lebih-lebih lagi apabila saya memegang gelaran janda. Apabila janda duduk di tempat yang menjadi tumpuan, orang akan fikir bukan-bukan.

Saya mahu melenyapkan tanggapan pihak yang berasakan wanita bersuami saja boleh duduk tempat yang selesa seperti kondominium mewah. Ia ternyata tidak benar. Saya bersyukur kerana ini rezeki yang diberikan atas usaha sendiri, malah saya mampu memberi anak makan serta hidup di tempat yang selesa.

Dulu memang saya tidak mahu cerita dan jemput orang ke rumah, tetapi ibu bapa dan kawan menasihati supaya jangan berfikiran sedemikian. Sebaliknya tidak salah mengajak dan membuktikan kepada orang ramai saya baik-baik saja, sekaligus ia dapat menghentikan spekulasi oleh orang luar.

janda norish karman

Setahu Abang Nara, sebuah kondominium di Mont Kiara bernilai jutaan ringgit. Fuh~~ Memang kagum Abang Nara kerana Norish dapat tinggal di kawasan kediaman elit ini. Tak sia-sia selama ini bekerja keras untuk mengumpul duit. Yang penting, anak-anak dapat hidup selesa, keselamatan terjamin dan rasa tenang. Tahniah Norish Karman. Semoga kejayaan anda ini akan menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana yang bergelar janda.

P.S: Lagak si haiwan apabila hari terlalu panas


Comments are closed.

Loading...