Jambatan Runtuh Di Cameron Highland, 6 Kenderaan Hanyut

Trending

Jambatan Runtuh Di Cameron Highland, 6 Kenderaan Hanyut

29camaron1.transformed_0
Banjir kilat selama sejam yang berlaku di sini awal pagi semalam telah menyebabkan sebuah jambatan yang menghubungkan perkampungan Orang Asli runtuh dan tiga kereta serta tiga motosikal dihanyutkan arus.
Dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 pagi itu, sebuah kereta milik pelancong juga rosak akibat dihempap pokok manakala beberapa rumah penduduk dinaiki air setinggi lebih kurang 0.3 meter.

BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah tersebut, Deputi Superintendan Zainal Abidin Othman berkata sebuah jambatan yang menghubungkan jalan raya utama dengan perkampungan Orang Asli Pos Terisu di Batu 49, Kuala Terla, Runtuh selepas dilanda arus deras Sungai Ulu Telom.

Advertisement

29camaron2.transformed_0Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh adalah tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom yang terletaknya jambatan itu. 

“Dalam pada itu, penduduk sekitar bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara kegunaan motosikal bagi menggantikan jambatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tiga kereta dan tiga motosikal yang hanyut itu pula berlaku di Jalan Kolam Air, Brinchang, dengan semua kenderaan itu mengalami kerosakan akibat dimasuki air.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

29camaron3.transformed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.