Jambatan Pertama Di Dunia Yang Dihasilkan Dengan Menggunakan Pencetak 3D

Teknologi

Jambatan Pertama Di Dunia Yang Dihasilkan Dengan Menggunakan Pencetak 3D

Baru-baru ini pihak berkuasa di Belanda telah mengumumkan pembukaan sebuah jambatan bagi kegunaan pengayuh basikal. Menurut pihak berkuasa di sana, jambatan ini adalah merupakan jambatan pertama yang di bina dengan menggunakan teknologi pencetak 3D.

Advertisement

Menurut Theo Salet, seorang profesor dari Universiti Teknologi Eindhoven, jambatan ini tidak lah sebesar seperti jambatan yang kita selalu lihat, namun pembuatannya dari pencetak 3D telah membuatkan jambatan ini menjadi satu simbol yang unik.

Jambatan yang dibina dengan menggunakan lebih dari 800 lapisan ini telah mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk disiapkan. Menurut sumber terdekat, kelebihan menggunakan pencetak 3D ini adalah kerana ianya menggunakan jumlah konkrit yang sedikit jika dibandingkan dengan teknik konvensional.

Jambatan yang berukuran 26 kaki panjang ini telah menjalani ujian ketahanan di sebuah syarikat pembinaan dan dilaporkan mampu untuk menampung berat sehingga 2 tan. Walaupun ianya dibina bagi tujuan laluan pengayuh basikal, ia mampu menampung berat sehingga 40 biji trak.

Menurut ketua projek dari syarikat BAM, Marinus Schimmel, teknik ini dibangunkan adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan yang sukar direalisasikan dengan menggunakan teknik konvensional selain dapat mengurangkan kos.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...