Jambatan Hubungkan KL Eco City Dengan Mid Valley Runtuh, 3 Pekerja Kritikal

Trending

Jambatan Hubungkan KL Eco City Dengan Mid Valley Runtuh, 3 Pekerja Kritikal

Sebuah jambatan dalam binaan yang menghubungkan antara KL Eco City dan Mid Valley runtuh kira-kira jam 3.33 petang tadi.

Advertisement

Kejadian runtuhan tersebut telah menyebabkan 3 orang pekerja kritikal manakala seorang mengalami cedera ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.

“Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.

“Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Ketika ini pperasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...