Jamaludin D Meninggal Dunia Akibat Kanser

Trending

Jamaludin D Meninggal Dunia Akibat Kanser

Penyair kelahiran Kedah, Jamaludin Darus atau lebih dikenali dengan nama penanya, Jamaludin D, 68, meninggal dunia kerana menghidap kanser hati di Hospital Putrajaya, sebentar tadi.

Advertisement

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir jam 3.45 petang di hadapan beberapa ahli keluarganya selepas dua hari berada di hospital berkenaan meninggalkan balu, Kamariah Abd Manan, 60, dan 5 anak.

Jamaludin dilahirkan di Kampung Keladi, Kulim, Kedah pada 19 Julai 1946 dan sepanjang hayatnya menulis lebih daripada 300 puisi.

Beliau banyak menulis puisi tentang khazanah alam dan alam sekitar dan antara kumpulan puisi yang pernah diterbitkan termasuk Tangkai-tangkai Gemuruh, Kawah Gelombang, Garis Bukan Pemisah dan Gunung Putih Bunga Benua.

Jamaludin turut menerima Anugerah Penyair Gapena 2013 bersempena Hari Puisi Nasional ke 19 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) tahun lalu.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kinjang, Chenderiang, Tapah sebelum solat Jumaat, esok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...