Susulan krisis air yang sedang berlaku di Selangor, Dato Seri Jamal Yunos yang cukup dikenali ramai sebagai seorang individu yang tidak ortodoks telah tampil untuk menyahut semua rakyat Selangor untuk berprotes di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Jom ikut saya bertuala sambil letak berus gigi di telinga, sambil pegang gayung
Pada hakikatnya, pada tahun 2016, beliau telah mengusulkan isu air di Selangor, tetapi mungkin dengan cara protes beliau, ramai yang menganggap tindakannya seperti bahan jenaka.
Penulis pun tergelak apabila menonton video diatas tetapi mungkin apa yang cuba disampaikan beliau ada kebenarannya?
Jamal, dalam video beliau telah menyeru dan menjemput mereka yang telah mengkritiknya untuk bermandi-manda bersama-sama di sungai kerana ketiadaan bekalan air.