Jamal Abdillah Dikritik Tidak Boleh Terima Lawak

Hiburan

Jamal Abdillah Dikritik Tidak Boleh Terima Lawak

Tahun ini Gegar Vaganza 2 bukan sahaja meletup-letup kerana mempunyai barisan artis yang mantap tetapi turut hangat dengan beberapa kontroversi mengenai juri jemputan mereka.

Advertisement

Kalau sebelum ini M.Nasir dan AC Mizal di kecam hebat kerana memberikan komen yang mengaibkan Sheeda, kali ini Jamal Abdillah pula menjadi kritikan orang ramai kerana telah memberikan “amaran” kepada Nabil dan Jihan untuk tidak menjadikannya bahan lawak mereka.

Lebih membangkitkan rasa tidak puas hati ramai ialah ketika Nabil sudah meminta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang mengacarakan Gegar Vaganza 2, Jamal masih lagi membalas ataupun “menghentam” agar pelawak tesebut lebih beradab selepas ini.

Perkara itu nampaknya mendapat perhatian penonton Gegar Vaganza 2 yang rata-rata menganggap raja pop Malaysia itu sebagai seorang yang tidak “sporting”.

Ada juga yang membezakan Jamal dan Ramli MS yang selama ini sungguh tenang dan tidak marah setiap kali Nabil mengusik beliau.

Kami pun tidak mahu cakap lebih, lain orang lain pendapatnya. Ada orang boleh relaks bila kita usik ataupun melawak dengan dia dan ada orang boleh sentap dibuatnya. Apa-apa pun, sekali sekala kalau “sporting” sikit tidak ada masalahnya. Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...