Jam Tangan G-Shock MR- G Samurai Yang Gempak Ini Bakal Dijual Pada Harga RM17,680

Trending

Jam Tangan G-Shock MR- G Samurai Yang Gempak Ini Bakal Dijual Pada Harga RM17,680

Diperkenalkan pada tahun 1983,  fenomena jam tangan G-Shock mempunyai pengaruh yag cukup meluas di serata dunia sehingga wujud kumpulan peminat tersendiri. Malah di Malaysia , terdapat ramai peminat tegar jenama jam tangan itu yang dikatakan tahan lasak dan mempunyai rekaan unik serta cantik.

Advertisement

Beberapa hari lalu, Casio G- Shock telah memperkenalkan edisi terbaru bagi koleksi mewah MR-G daripada G-Shock iaitu MRGG2000RJ-2A.

Rekaan ini bukan sahaja nampak eksklusif dan mewah tetapi ianya juga berkualiti dengan ‘casing’ titanium, permukaan cermin kristal nilam yang tahan calar serta tali jam tangannya pula diperbuat daripada  getah Dura Soft Fluoro-Rubber.

Bukan sahaja penghasilannya cukup teliti tetapi ia juga mempunyai ciri unik. Bahagian belakang jam ini juga terdapat ukiran Jepun “Jyuryokumaru”   yang bermaksud “graviti,” dan ianya hasil ukiran tangan pembuat pedang terkemuka di Jepun, Teruhira Kamiyama.

Ia dilengkapi dengan ciri teknologi sedia ada seperti 200M rintangan air dan rintangan kejutan, penerimaan isyarat GPS, sambungan Bluetooth, Super Illuminator, teknologi Multi-Band 6 serta teknologi pengecasan bateri secara solar.

Bakal berada di pasaran pada bulan Februari depan, G-Shock MRGG2000RJ-2A akan dijual pada harga USD 4,300 (RM 17,680).

Sumber Berita : HYPEBEAST & MASHABLE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...