Jam Rolex Milik Suami Bonda Rozita ‘Hilang’ Ketika ‘Night Walk’, Pengurus Cik Lan Bersumpah – “Buat Lah Yassin Ke Tahlil Ke Apa Tapi Kami..”

Kehidupan

Jam Rolex Milik Suami Bonda Rozita ‘Hilang’ Ketika ‘Night Walk’, Pengurus Cik Lan Bersumpah – “Buat Lah Yassin Ke Tahlil Ke Apa Tapi Kami..”

Baru-baru ini, media sosial kecoh memperkatakan satu insiden membabitkan suami kepada usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim, iaitu Aidiamin Ahmad, yang didakwa diganggu makhluk halus ketika menyertai rakaman sebuah program paranormal.

Situasi itu menjadi semakin hangat apabila Bonda Rozita turut mendakwa jam tangan mewah berjenama Rolex milik suaminya dilaporkan hilang sewaktu penggambaran program paranormal berkenaan.

Advertisement

Bagaimanapun, pengacara program tersebut, Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan, tampil memberikan penjelasan. Menerusi satu hantaran di TikTok, Cik Lan memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama pengurusnya, Amirul Asyraff, yang bersumpah atas nama Allah SWT bahawa jam tangan berkenaan telah diserahkan semula kepada Bonda secara bersemuka pada malam kejadian.

bonda rozita rolex

“Saya Muhammad Amirul Asyraff bersumpah dengan nama Allah SWT, jam itu diberikan kepada Bonda secara face to face.”

“Kalau Bonda kata dia bangga dengan ingatan memori dia kuat, saya tidak bangga pun dengan ingatan saya, cuma ingatan itu masih segar dalam kepala saya, yang saya sendiri meminta izin Bonda untuk buka jam dan gelang atas faktor darurat, dan saya bukakan lock jam itu dari tangan suami, lalu terus Bonda beri kepada staff Bonda untuk menyimpannya.” tulis pengurus Cik Lan.

Dalam perkembangan sama, Cik Lan turut memaklumkan menerusi Instagram Stories agar isu kehilangan jam tangan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

@stylomilolahh

part 2 #mangobossku #ciklan #mbkfilmstudio #NIGHTWALK #mbkfilmstudio @TheGodfather Mangobossku

? original sound – StyloMilo??? – StyloMilo???

roslan shah

Sebelum ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan Aidiamin Ahmad dilihat terdiam seketika sebelum bertindak agresif seolah-olah mahu bersilat ketika rakaman program paranormal berlangsung pada malam kejadian, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duit
2025-12-30 14:57:46

Jika Suami Meninggal Dunia, Bolehkah Isteri Keluarkan Wang Dari Akaun Suami? Jawapannya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...