Jam 3 Pagi, Penjual Nasi Campur Mula Bersilat Demi Pelanggan Menjamu Selera

Kehidupan

Jam 3 Pagi, Penjual Nasi Campur Mula Bersilat Demi Pelanggan Menjamu Selera

Nak makan memang mudah, tidak susah hanya masuk mulut dah kenyang. Tetapi pernahkah anda semua terfikir bagaimana penjual nasi campur menyediakan masakan yang pelbagai jenis lauk untuk anda semua menikmati makan tengah hari.

Nak makan memang mudah, tidak susah hanya masuk mulut dah kenyang. Tetapi pernahkah anda semua terfikir bagaimana penjual nasi campur menyediakan masakan yang pelbagai jenis lauk untuk anda semua menikmati makan tengah hari.

Advertisement

Tahukah anda semua bahawa setiap hari penjual nasi camppur akan memulakan tugasan mereka seawal jam 3 pagi untuk membuat segala persiapan dan persediaan.

Mengikut kisah seorang penjual nasi campur yang bernama kak Ayu, setiap hari beliau akan bangun awal dari orang lain bagi memenuhi permintaan pelanggannya dengan dedikasi.

Pagi yang masih gelap dan semua manusia masih lena dibuai mimpi, beliau telah keluar ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah untuk membeli barangan mentah dengan cepat untuk dimasak dibantu oleh ibu dan juga beberapa orang pekerjanya.



Tiba sahaja di restoran, beliau tidak lagi berlengah-lengah tetapi terus bergegas ke dapur untuk membuat persediaan lauk nasi campur sebelum jam menunjukkan jam 12 tengahari. Walaupun jelas kelihatan dari riak wajahnya beliau penat, tetapi senyuman di mukanya masih lagi tercalit.

Tepat jam 11.30 tengahari, para pengunjung mula membanjiri restoran kak Ayu. Kelihatan beliau sangat mahir dalam menguruskan semua pelanggan yang datang dan makan di kedainya pada hari tersebut.

Menurutnya, beliau sudah berniaga nasi campur lebih dari 11 tahun di sebuah khemah sebelumnya.

“Saya berniaga sudah lebih 11 tahun dari tapak kecil sekali macam gerai satu khemah, api air pun tiada. Tetapi kita kuat ingin berniaga dan suami banyak menyokong saya. Tidak perlu berkerja dengan orang lain.

Sewaktu awal perniagaanya beliau tidak mampu untuk mengaji pembantu pada awalnya.

Saya tak mampu nak bayar gaji pekerja dan hanya dibantu oleh suami pada mulanya.

Pada jam 1 tengahari adalah detik-detik kesibukan yang memuncak untuk beliau kerana selalunya orang akan keluar makan sekaligus.

Waktu itu, para pelanggan terlalu ramai hingga kak Ayu tidak sempat melayan mereka yang menikmati keenakan lauk pauk nasi campur yang dimasak olehnya. Walaupun beliau sudah melakukan kerja dari awal pagi namun kepenatan dapat disembunyikan dengan senyuman yang tampak ikhlas.

Beliau masih mampu tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya yang menziarahi restorannya. Kak Ayu hanya akan dapat berehat sekejap untuk menghilangkan penatnya dari pagi tepat jam 3 apabila pelanggan mula kurang.

“Saya tidak pernah menyimpan makanan lebihan, selalunya akan diberikan kepada pekerja-pekerja untuk dibawa pulang dan jiran-jiran daripada ia terbuang begitu sahaja.

“Tugas menjual nasi campur bukannya satu tugasan yang mudah. Namun hati kita perlu ikhlas dalam menyediakan juadah makan tengah hari demi rezeki kita.

Katanya, selagi beliau mempunyai kudrat pada usia 41 tahun, beliau akan terus kuat dan meneruskan perniagaan ini.

Bukan mudah untuk kita memperoleh wang. Kita sering melihat penjual makanan kebanyakkan kaya, tetapi ketahuilah bahawa untuk menjadi senang kepayahan yang dilalui perlu ditempuh terlebih dahulu untuk berjaya.

 

Jangan mengalah dan berusahalah mencapai apa yang diinginkan dalam kehidupan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...