Baru-baru ini, seorang doktor di sebuah pusat perubatan yang memang popular di platform TikTok ada berkongsikan pengalamannya bekerja di sana sebagai pengajaran serta tauladan buat orang ramai.
Kerana sering berkongsikan pengalaman sepanjang bekerja, ada beberapa pengikut meminta doktor terbabit berceritakan sama ada pernah mengendali rawatan pesakit hamil luar nikah ataupun single mother.
Mengakui perkara ini bukanlah hal yang mengejutkan kerana sering berlaku di ruangan labour room.
Menurutnya, dia pernah mengendalikan seorang pesakit yang sudah hamil 30 minggu di luar nikah. Apa yang mengejutkan, wanita itu menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan enggan bertanggungjawab atas kandungan wanita itu serta menolak permintaan untuk meninggalkan keluarga demi perempuan itu.
Lagi bertambah sedih, ibu wanita terbabit tidak mahu menganggap kandungan wanita itu sebagai cucunya dan tidak mahu menjaga bayi itu apabila sudah lahir kelak.
Dalam pada itu, doktor berkenaan menjelaskan kebarangkalian bayi tersebut telah dihantar untuk dijadikan anak angkat oleh pihak bertanggungjawab sangat tinggi.