Jalin Hubungan Dengan Kenalan WeChat, Pelajar 14 Tahun Lahirkan Bayi

Trending

Jalin Hubungan Dengan Kenalan WeChat, Pelajar 14 Tahun Lahirkan Bayi

Seorang ibu terkejut mendapati anak perempuannya yang berusia baru 14 tahun  telah melahirkan bayi di rumah mereka di sini pada Selasa.

Advertisement

Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan Abdul Razak Yahya melaporkan, pelajar tersebut melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram secara normal.

Tambah beliau lagi, pelajar itu pada mulanya mengadu sakit pinggang dan meminta kakaknya mengurut badan bagi mengurangkan kesakitan.

Ketika mengurut itu, dia tiba-tiba melahirkan seorang bayi. Bayi itu kini dirawat di hospital bersama ibunya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Razak lagi, keluarga kepada pelajar berkenaan tidak menyedari perubahan badan anaknya.

Siasatan awal mendapati pelajar terbabit mengadakan hubungan dengan teman lelaki berusia 19 tahun pada Mac lalu selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Teman lelaki pelajar itu kini ditahan reman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...