Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jalil Hamid Rasa Terhina Ditawar RM1,500 Untuk Pegang Peranan Utama

Kehebatan Jalil Hamid sebagai seorang pelakon sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Setiap watak yang dibawa oleh beliau pasti akan memberi kesan mendalam kepada mereka yang menontonnya. Selaku seorang pelakon veteran yang sudah memenangi pelbagai anugerah, sudah tentu Jalil Hamid mempunyai harganya yang tersendiri. Seharusnya pihak produksi sudah memahami harga pasaran semasa dan tidak menawarkan bayaran yang terlalu rendah untuk pelakon sekaliber ini, lebih-lebih jika ditawarkan peranan utama.

jalil hamid

Advertisement

Sudah pasti Jalil Hamid akan rasa terhina dan diperkotak-katikkan selepas menerima tawaran bernilai RM1,500 untuk memegang peranan utama daripada sebuah produksi baru-baru ini. Itu macam harga budak-budak yang baru setahun jagung berkecimpung di dalam dunia lakonan. Susulan tawaran tersebut, Jalil Hamid telah meluahkan isi hatinya baru-baru ini.

Bayangkan saya memegang watak utama dalam episod yang berdurasi setengah jam tersebut. Adakah RM1,500 setimpal dengan bayaran yang ditawarkan? Saya bukan meminta bayaran tinggi melampau tetapi biarlah seimbang dengan bakat yang saya ada. Sebabnya saya bukan buat kerja main-main, buktinya sudah ada dalam setiap lakonan saya.

Ini bukan kali pertama berlaku kepada saya tetapi sudah beberapa kali, Adakah mereka menganggap pelakon veteran ini kerana sudah tua, maka sekadar tempelan semata-mata di dalam sebuah drama? Sedangkan kami buat kerja dengan usaha dan sepenuh hati. Janganlah dinilai begitu rendah sehingga langsung tiada harga diri pada diri kami. Saya menolak tawaran tersebut bukan kerana besar diri tetapi rasa sedih seolah-olah dihina dengan segala pengalaman yang ada selama ini

jalil hamid

Kalau di Hollywood, semakin tua pelakon itu, semakin mahal dan tinggi nilainya. Namun di Malaysia jauh berbeza. Semakin tua semakin dilupakan, semakin dipinggirkan. Nampak gayanya pihak yang terbabit menjaga kebajikan pelakon di Malaysia harus campur tangan dan meletakkan satu petanda aras agar keadaan seumpama ini tidak berulang lagi. Memang menjatuhkan maruah seorang pelakon sehebat Jalil Hamid ini. Apa pula kata anda? Sumber Utusan Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Anonymous

    October 14, 2018 at 4:17 pm

    Tula xnk join hollywood..kt sana dah tua pn leh jadi superhero ooo…??
    Sini plak tua2 jadi tukang kebun jela…

  2. Mat Spirit

    October 12, 2018 at 10:46 pm

    Hahaha …salah baca ..seharusnya 1,500K..,.

  3. Anonymous

    October 12, 2018 at 8:20 pm

    Tak payah la ambik job .. buat business!!

  4. Sajat

    October 12, 2018 at 4:16 pm

    Bersyukur lah dgn RM1500 utk keje 2 hari…
    Ada org tunggu sebulan nk dptkan RM1500 tu.

    • Orang Biasa

      October 13, 2018 at 1:52 pm

      Ya memang 2 hari kerja tapi skop kerja artis besar. Diorang kerja 24 jam. Time kita sedap tidur rehat diorang still bekerja. Kita tengok dalam tv cuaca redup hakikatnya diorang berlakon atas matahari terik dengan kena hayati lakonan lagi. Dan bakat yang penting. Seluruh hidup mereka kena kawal dengan netizen dan sebagainya. Memang bayaran artis harus setimpal. Tak patut pelakon veteren sebegini hanya diberi RM1200. Kita kerja tak ditengking sedia. Diorang kerja lakonan tak menjadi kena tengking dengan pengarah. Kalau kita tak berada ditempat mereka sekalipun cuba letak ditempat mereka. Sejujurnya tak sanggup nak jadi artis lagi rela jadi orang biasa yang kerja sebulan rm2000. Hidup pun bahagia. ?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top