Bulan lalu, hangat dengan isu dimana seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas melakukan hubungan seks bersama seorang aktor popular sehingga melahirkan anak. Wanita itu memberitahu aktor itu melarikan diri dan enggan ambil peduli dengan apa yang berlaku. Pelbagai spekulasi juga yang timbul sehingga beberapa nama artis turut dikaitkan dalam isu berkenaan.
Terbaru, wanita itu sudah melakukan ujian DNA dan ternyata anak yang dilahirkan bukanlah hasil perhubungan beliau dengan aktor popular yang didakwa.
Oleh itu, beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada artis-artis yang nama mereka turut terpalit dalam masalah tersebut.
Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.
Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait. Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias. Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya.