Jalani Pembedahan Untuk Tajamkan Dagu, Pengacara Korea Dikutuk Kerana Hasil Yang Buruk

Trending

Jalani Pembedahan Untuk Tajamkan Dagu, Pengacara Korea Dikutuk Kerana Hasil Yang Buruk

Seorang wanita Korea Selatan didakwa telah ‘memusnahkan wajah sendiri’ setelah gambar ‘sebelum dan selepas pembedahan plastik yang dijalankannya tersebar di dunia maya.

Wanita itu tidak dinamakan, dikatakan seorang pengacara untuk satu rangkaian televisyen Korea, telah menjalani pembedahan rahang untuk mendapatkan dagu yang tajam seperti impian kebanyakan wanita Asia.

Advertisement

Hasil dari prosedur pembedahan itu ialah dagunya kini tampak tajam luar biasa, dan dia telah dikutuk di ruangan forum Jepun di Internet.


 photo article-2547481-1B0794F300000578-129_634x721.jpg
 photo article-2547481-1B0794E200000578-34_634x847.jpg

Seorang pengguna forum menyatakan: tolong beritahu saya gambar ini ialah hasil Photoshop! Manakala seorang lagi menulis, “dia kelihatan seperti dia boleh membajak sawah menggunakan dagu seperti itu.”

Dia benar-benar tidak tahu apa itu kecantikan sebenar.

Korea Selatan mempunyai pasaran terbesar di dunia bagi pembedahan plastik, dan dianggarkan seorang dari lima orang wanita Korea Selatan telah menjalani pembedahan plastik.

Antara pembedahan paling popular ialah pembedahan kelopak mata berganda untuk membuat mata kelihatan besar, sedutan lemak dan juga memancungkan hidung.

Laporan asal: Dailymail UK.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...