Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jalani Pembedahan Sinus, Bekas Isteri Mohon Agar Segala Urusan Sharnaaz Ahmad Dipermudahkan

Pelakon Sharnaaz Ahmad, kini difahamkan telah selesai menjalani pembedahan sinus di sebuah pusat perubatan swasta semalam.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Katanya, beliau kini telah tidak boleh bercakap banyak kerana ia mampu menyebabkan darah mengalir keluar.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah (darah) sikit. Saya tak boleh cakap lama, darah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakit.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak terlepas memanjatkan doa agar dirinya cepat sembuh.

Advertisement

Malah, wujud juga segelintir pihak yang tampil berkongsi tips dan cara bagaimana untuk menghentikan darah mengalir.

Terdahulu, bekas isteri Noor Nabila dilihat tampil memuat naik sebuah posting di Insta Story sambil memohon agar segala urusan yang dilakukan oleh bapa kepada Jebat Jayden ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama