Dalam diam, rupanya penyanyi Ezlynn sudah pun menamatkan hidup solo dua minggu yang lalu.
Menurut perkhabaran wanita itu, dia selamat bernikah dengan Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, pada 11 September lepas.
Tiada niat untuk menyembunyikan berita baik itu, namun kerana majlis itu dijalankan serba ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP), mereka tidak mengumumkannya buat semua.
Tiada majlis keraian dianjurkan. Jadi, kami tiada foto perkahwinan. Hendak bergambar sekali pun jauh… Saya dan suami berada di Perlis manakala keluarga di Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Menurut Ezlynn, perkenalan mereka bermula selepas sama-sama terlibat dengan kerja kebajikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Jelasnya lagi, dia tertarik dengan ketulusan hati lelaki itu selain merupakan seorang yang menjaga solat dan tidak berkira untuk membantu orang lain.
Walaubagaimanapun, pelantun lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ itu memilih untuk tidak mengulas mengenai status suaminya.
Saya tidak mahu ulas status suami. Apa yang lebih utama, kami tidak sembunyikan perkahwinan ini.
Sekadar pengetahuan, Wan Mohd Hafizam merupakan penderma hati pertama negara dan mempunyai tiga orang anak.
Semoga berbahagia buat Ezlynn dan suami.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.