Tanaman hijau dapat memberikan kita ketenangan dan kepuasan apabila melihatnya di samping membekalkan udara yang segar serta terapi untuk mata.
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, ada diantara kita yang tidak dapat bekerja dan itu sedikit sebanyak memberi tekanan dalam kehidupan norma baharu.
Namun, tekanan tersebut dapat diatasi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang seperti bercucuk tanam di halaman rumah.
Jenis tanaman yang dapat mengurangkan tekanan adalah seperti berikut:-
1. Lidah Buaya (Aloe Vera)
Selain digunakan untuk merawat kecantikan, lidah buaya juga dapat memberikan udara segar di persekitaran rumah terutamanya pada waktu malam.
Apabila seseorang dapat menghirup udara yang segar dan bersih, secara tidak langsung ia dapat memberikan ketenangan kepada badan.
2. Pudina
Kebiasaannya, daun pudina digunakan dalam masakan dan minuman kerana bau aroma yang dingin dan menyegarkan.
Lebih menarik, kajian dibuat oleh Universiti Wheeling Jesuit yang menyatakan aroma pudina dapat meminimumkan perasaan sedih dan menjadikan seseorang lebih bersemangat.
3. Lavender
Lavender atau nama lainnya Lavandula adalah sejenis tanaman berbunga dan berwarna cantik. Ia cukup popular digunakan sebagai minyak aromaterapi yang wangi dan menenangkan.
Kajian mendapati aroma lavender dapat mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan buat seseorang.
Bagi wanita yang sedang datang bulan, menghidu bau lavender selama beberapa minit dapat memberi kesan positif kepada sistem tubuh mereka.
4. Bunga Melati
Fakta menarik mengenai bunga melati ialah kajian dalam Journal of Biological Chemistry mendapati aroma bunga melati sendiri boleh membuatkan hati dan minda seseorang menjadi tenang.
5. Basil
Bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan dan penyedap masakan, tanaman basil mengandungi linalool yang menghidupkan rasa tenang dan selesa.
Tanaman ini juga sangat cantik untuk dijadikan perhiasan di meja kerana saiz daun yang comel dan mudah dijaga.
Join Telegram Amazing Nara untuk info yang menarik!