Sebelum Nedim Nazri dan Nora Danish melangsungkan perkahwinan, Nedim terlebih dahulu berkahwin dengan Nabilah Khan atau mesra dipanggil Bee Khan. Pasangan itu berkenalan pada tahun 2007, melangsungkan perkahwinan pada 2011 namun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun. Mereka bercerai pada tahun 2013.
Tiada kenyataan rasmi dari kedua-duanya mengenai punca perceraian mereka, namun Bee menjaga anak dari perkahwinan mereka iaitu Mohamed Nedrin, kini berusia lima tahun.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bee telah berkahwin dengan adik lelaki Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, iaitu Dato’ Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud sekitar November tahun lepas dan kini bergelar To’ Puan Seri Nabilah Khan.
Gambar: Malaysian Tatler
Namun hari ini tersebar berita bahawa Nedim telah memfailkan permohonan hak penjagaan anak di mahkamah kerana dikatakan tidak dibenarkan berjumpa dengan Nedrin. Nedim memberitahu membuat permohonan itu sebagai bukti yang sekurang-kurangnya dia telah berusaha memperjuangkan haknya sebagai seorang bapa kepada kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, Bee telah menulis di Instagramnya berkenaan isu tersebut:
Setiap orang ada had tersendiri. Sesetengah orang cuba dalam satu tempoh lama untuk mengambil jalan yang lebih mulia dan tidak merendahkan tahap diri sendiri ke tahap orang lain.
Awak pilih untuk ambil kesempatan kerana saya berdiam diri, tetapi maafkan saya, salah seorang dari kita berdua perlu ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa, kerana awak hanya berpura-pura sebagai bapa di media sosial.
Sesetengah orang perlu ada sedikit rasa malu dan tidak menjaja cerita pada orang ramai untuk menagih simpati. Biar kami hidup aman dan tolong berhenti cari perhatian sehinggakan awak gunakan anak sendiri untuk manipulasi semua orang lain.
Ini satu-satunya komen yang akan saya buat berkenaan isu ini, kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya ada perkara tidak sepatutnya didedahkan kepada anak berusia lima tahun ini.
Ia sesuatu yang peribadi dan patut kekal sebegitu. Mangsa di sini ialah anak.
Jadi sekiranya awak nak beri ceramah, apa kata awak utamakan anak awak untuk sekali ini bukannya beri alasan berterusan dan buat sesi foto untuk menebusnya dan tunjuk pada dunia awak bapa yang awak mahu orang lain percaya.
Apa pun, awak betul tentang satu perkara, bahawa kebenaran akan muncul (semuanya) dan Alhamdulillah untuk itu. Mungkin memang sudah tiba masanya dan tak payah nak fitnah sesuka hati.
Untuk kali terakhir, jalanilah kehidupan awak dan biarkan kami sendiri.
Nampaknya Bee tegas dengan keputusannya meminta Nedim membiarkan mereka menjalani kehidupan tanpa Nedim.
Ada yang berpendapat Bee memang patut melindungi Nedrin dari corak kehidupan Nedim dan Nora yang dikatakan ‘terlampau berpesta’.
Apa pun, seorang anak pasti memerlukan bapanya untuk membesar. Jika boleh dibuat contoh, seperti Norman Hakim dan Abby Abadi yang tetap berbaik demi kepentingan anak-anak dan bersama-sama membesarkan anak mereka.
Bagaimanapun, sebagai ibu, mungkin Bee punya alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian dan seperti pengakuannya, perkara sebenar yang berlaku akan muncul akhirnya. Kita doakan segalanya berakhir dengan baik buat Nedim dan Bee demi anak mereka, Nedrin.
Sumber gambar: Instagram Nabilah Khan