Sahar Tabar gadis berusia 19 Tahun dari Iran menjalani 50 pembedahan plastic untuk mendapatkan wajah persis Angelina Jolie tetapi lain jadinya apabila wajahnya seakan mayat hidup.
Antara tranformasi yang dilakukan ialah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon yang berusia 42 tahun itu.
Tetapi, setelah menjalani banyak pembedahan, wajahnya kini tidak ubah seperti mayat hidup dan sering dikritik kerana tindakan luar kawalannya itu.
Disebabkan gambar beliau menjadi tular di internet akaun Instagramnya @sahartabar_official kini mempunyai hampir empat ratus ribu pengikut.
Bagaimanapun, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik. Dia dipercayai hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan topeng muka prostetik mahupun teknik suntingan gambar.