Jalan Tengah Panas Pun Okay Je! Sunscreen Sunplay Buat Kulit Kekal Segar & Tak Berminyak

Branded

Jalan Tengah Panas Pun Okay Je! Sunscreen Sunplay Buat Kulit Kekal Segar & Tak Berminyak

Dah masuk hujung tahun ni, mesti korang tak sabar nak habiskan cuti berjalan dengan kawan-kawan kan? Korang dah plan ke nak pergi mana?

Tak kisahlah ke mana saja pun korang melancong, solo travel atau berkumpulan, pastikan korang jaga kulit sebaiknya daripada terdedah sinaran matahari dengan bawa sunscreen!

Kalau tanya kami sunscreen apa yang terbaik, semestinya Sunplay Ultra Shield sebab ia melindungi kulit daripada sinaran berbahaya dengan lebih berkesan tau! Jom kami kongsi pengalaman menggunakannya!

Selepas Dinaiktaraf Dengan Teknologi Terkini Solarex5, Ia Sememangnya Penapis Sinaran Bahaya Terunggul!

1

Sebut saja sunscreen, mesti korang ingat ia hanya untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB je kan? Sebenarnya, banyak lagi sinaran bahaya yang perlu dielakkan tau!

Antaranya seperti cahaya biru dan sinar inframerah yang akan mempercepatkan lagi penuaan kulit. Korang nak ke tua sebelum usia?

Sebab itulah kami guna sunscreen Sunplay Ultra Shield sebab ia mampu untuk beri perlindungan yang optimum pada kulit daripada sinaran berbahaya.

2

Kredit gambar: Instagram @ericjjlay

Menariknya, formulasi sunscreen ini ditambah baik daripada Solarex-3 kepada Solarex-5, yang menyediakan perlindungan matahari SPF50 PA++++ serta melindungi daripada 5 lapisan berbahaya seperti UVA, UVB, cahaya biru, sinar inframerah dan bahan pencemar.

Ia juga diformulasikan dengan formula photostable bersama 8 penapis UV yang tidak mudah pecah di bawah matahari. Jadi, kulit korang akan lebih terjaga!

Nak tahu apa yang lagi best? Lepas pakai sunscreen ini, kulit kami tak pernah kering, kusam atau kasar walaupun dah banyak kali berjalan bawah terik matahari sebab ia mempunyai formulasi Fullerene Antioxidant tau. Serius lega kulit!

Bukan itu saja, kalau dah banyak berjalan bawah matahari ni, mestilah berpeluh kan? Haa, korang boleh je sapu lapisan baru walaupun berpeluh sebab ia akan membentuk penghalang pelindung pada kulit. Jangan risau, tak melekit pun!

Dengan Wet Skin Technology, memang seronoklah pakai sunscreen walaupun tengah berenang dalam air atau lepas mandi sebab ia kalis air. Paling penting, ia mempunyai bau yang sangat wangi!

Gabungan Bahan Yang Beri Banyak Manfaat Untuk Kulit

3

Siapa yang ada masalah kulit seperti jerawat, mesti korang struggle nak cari sunscreen yang bagus untuk kulit kan? Jangan risau, guna je Sunplay Ultra Shield!

Apa yang buat kami jatuh cinta dengan Sunplay Ultra Shield ni adalah ia diperbuat dengan gabungan bahan penjagaan kulit yang mempunyai standard tinggi dan menawarkan banyak faedah penjagaan kulit.

Antaranya seperti gabungan Glycerin dan Asid Hyaluronic yang dapat membantu beri kelembapan pada kulit. Macam yang kami kata tadi, kulit kami kekal lembap dan tak kering lepas guna sunscreen ini.

4

Selain itu, ia juga mengandungi gabungan bahan Fullerene, Apple Stem Cell Extract dan Carnosine, yang memberikan antioksidan optimum pada kulit korang.

Sunscreen ini juga mempunyai bahan seperti Niacinamide yang dapat mencerah dan menyekatakan tona kulit, mengawal minyak dan memperbaiki jerawat, serta gabungan Bisabolol bersama Ginger Root Extract untuk menenangkan kulit.

Jadi, ini salah satu sebab kenapa kami LOVE sangat guna Sunplay Ultra Shield!

Tiada White Cast & Tak Cakey, Barulah Seronok Berjalan Bawah Terik Matahari!

5

Antara sebab kenapa ramai orang tak suka pakai sunscreen adalah ia ada white cast dan akan buat kulit rasa cakey betul tak? Tak sesuai untuk orang yang ada masalah kulit berminyak…

Tapi jangan risau, korang guna saja sunscreen Sunplay Ultra Shield ni sebab serius kami cakap, best sangat bila sapu pada kulit!

Bukan setakat tekstur ringan, malah sunscreen ini tak berminyak langsung tau! Jadi, lebih mudah untuk meresap ke dalam kulit.

Paling best, siapa yang selalu pakai makeup, korang tak perlu risau pun kalau solekan rosak disebabkan sunscreen sebab Sunplay Ultra Shield ni tak ada white cast langsung!

Lepas ni, kalau nak keluar berjalan-jalan, korang bawa je sunscreen Sunplay Ultra Shield ni okay?!

Mudah Dibawa Ke Mana Saja, Dapatkan Sunplay Ultra Shield Sekarang!

5

Haa, banyakkan manfaat pakai Sunplay Ultra Shield ni? Korang siap boleh bawa ke mana saja sebab ia mempunyai rekaan yang sangat comel dan convenient tau, tinggal gantung pada beg saja!

Terdapat versi semburan yang lagi senang untuk dipakai. Hanya perlu sembur pada kawasan kulit yang sukar untuk dicapai.

Kalau korang berminat dengan sunscreen Sunplay Ultra Shield ni, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan atau atas talian di Watsons dan Guardian, serta aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Sunplay di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...