Jalan Sesak Alasan Pemandu Teksi Tolak Customer, Antara Sebab Kenapa Ramai Pilih Uber & Grab Car?

Trending

Jalan Sesak Alasan Pemandu Teksi Tolak Customer, Antara Sebab Kenapa Ramai Pilih Uber & Grab Car?

IMG_20160401_113841

Umum mengetahui pemandu-pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur telah membuat bantahan sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap Uber dan Grabcar yang dikatakan telah mengganggu periuk nasi mereka. Bantahan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bukit Bintang.

Advertisement

Kesian juga kepada pemandu teksi apabila munculnya Uber/Grabcar, yelah seperti yang kita tahu Uber/Grabcar ni lebih selesa dan cepat.

Namun, video yang dikongsi oleh lelaki ini membuktikan kenapa rakyat Malaysia lebih suka menggunakan khidmat Uber dan Grabcar.

Jalan jammed sikit, tolak customer dan mengeluh.

Sementara aku menunggu mak di depan Ampang Point, saja aku perhatikan perangai pemandu teksi. Masih tidak berubah. Terfikir aku untuk record. Ni je lah yang sempat aku rakam dalam masa hanya 15 minit aku menunggu mak disana.

Ini yang dikatakan janji ingin berubah? Ini yang dikatakan Uber menutup periuk nasi kamu? Sedarlah. Lihat sendiri siapa yang menutup periuk nasi siapa. Rezeki pemandu teksi ni datang sendiri. Tapi ditolaknya. Apa salahnya bersusah sikit demi mencari rezeki?

Ini tidak. Jalan jammed sikit, tolak customer dan mengeluh. Destinasi dekat, tolak customer dan mengeluh. Sampai bila? Kemudian salahkan orang lain yang mencari rezeki tanpa mengeluh. Salahkan Uber. Salahkan Grabcar. Salahkan customer yang menggunakan Uber/Grabcar. Cerminlah diri. Sikit. Sedarlah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Izwan Izzat ini, jelas kebanyakan pemandu teksi seolah menolak penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah ada dakwaaan yang menyatakan mereka menggunakan alasan jalan jammed, harga tambang pun sesuka hati letak dan jalan pun sebolehnya menggunakan jalan yang jauh untuk keuntungan.

Diharapkan ada jalan penyelesaian kepada masalah ini agar sama-sama dapat meningkat mutu servis kepada pelanggan. Barulah boleh bersaing secara sihat!

Sumber : facebook Izwan Izzat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...