PERHILITAN telah mengesahkan kejadian gajah mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan kepada kenderaan pengguna jalan raya dekat Sungai Lebey berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli malam tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Pengarah PERHILITAN Perak iaitu Yusoff Shariff berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima daripada empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang hadir ke lokasi kejadian jam 8.40 malam tadi.
Berdasarkan aduan yang diterima, kejadian itu membabitkan enam ekor gajah termasuk seekor daripada adalah gajah jantan.
Didapati ada enam ekor gajah, dengan seekor darinya gajah jantan tak bergading sedang naik minyak.
Tindakan halau dilakukan dan mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.
Sebelum ini, kejadian amukan gajah itu tular di media sosial sejak malam tadi apabila video serta keterangan pada video itu memperlihatkan sebuah kereta sedan putih remuk pada bahagian belakang dan depan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.