Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan telah mengumumkan penukaran nama Jalan Raja Laut 1 di ibukota telah ditukar ke Jalan Palestin.
Menurut beliau, cadangan tersebut telah diambil kira dan diterima sewaktu perhimpunan aman World Quds Day yang telah diadakan pada 26 Mei hingga 31 Mei tahun lepas.
Penukaran nama ini melambangkan simbol sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin dalam kemelut mereka membentuk sebuah negara yang aman – Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan