“Jalan Pun Menggigil…” – Idayu Dedah Rasa Starstruck Berduet Dengan Iskandar Ismail Dalam Lagu Mahal

Hiburan

“Jalan Pun Menggigil…” – Idayu Dedah Rasa Starstruck Berduet Dengan Iskandar Ismail Dalam Lagu Mahal

Penyanyi, Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberi peluang berduet bersama juara Gegar Vaganza 12, Iskandar Ismail, menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Mahal.

Ketika ditemui dalam Sesi Santai Raya Bersama Media, Idayu berkata peluang tersebut merupakan satu pengalaman bermakna dalam perjalanan seninya.

Advertisement

Lagu Mahal yang menjadi runut bunyi drama Mencari Isteri Sempurna itu merupakan hasil kolaborasi pertama antara Idayu dan Iskandar. Menurut Idayu, pada awalnya dia tidak mengetahui siapakah pasangan duetnya, namun keyakinannya terhadap Iskandar timbul selepas mendengar persembahan penyanyi itu dalam Gegar Vaganza.

MAHAL Iskandar Idayu

“Okay cop, aku cop dia ni juara. Betul juara,” katanya yang yakin Iskandar akan menjuarai pertandingan tersebut, sebelum ramalannya menjadi kenyataan.

Dalam masa sama, Idayu turut memuji sikap profesional Iskandar sepanjang proses rakaman dan penggambaran, menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang mudah bekerjasama.

“Abang Iskandar artis yang paling selamba je, jalan je… tak ada lama-lama sangat pun,” ujarnya.

Sementara itu, Iskandar turut memuji gaya nyanyian Idayu yang disifatkan memudahkannya untuk melengkapkan lagu tersebut, memandangkan bahagian vokal Idayu telah dirakam terlebih dahulu.

 Idayu

Dalam perkembangan lain, Idayu turut meluahkan rasa syukur apabila karier seninya kini mula mendapat perhatian di Singapura, sekali gus membuka peluang untuknya mengembangkan nama di peringkat lebih luas.

“Ini satu langkah yang boleh pergi cepat sebab melalui peminat Iskandar, dan saya dikira bertuah kerana mula dikenali sedikit sebanyak di sana,” katanya.

Mengakhiri sesi, Idayu menzahirkan harapan untuk terus mengembangkan karier seni ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang.

Jadi buat Idayu kami di BeautifulNara mengucapkan selamat baju jaya dalam karier seni tanah air dan teruskan melebarkan sayap ke pentas yang lebih besar untuk masa akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...