Jalan Jam Teruk, Ini 4 Perkara Confirm Terlintas Dalam Fikiran, Yang Kedua Tu Paling Biasa Pemandu Terfikir!

Branded

Jalan Jam Teruk, Ini 4 Perkara Confirm Terlintas Dalam Fikiran, Yang Kedua Tu Paling Biasa Pemandu Terfikir!

Biasalah, bila kita memandu ke destinasi yang jauh atau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, mestilah kita akan karaoke, feeling seperti penyanyi nombor satu dunia betul tak?

Bukan itu saja, bila dah bosan sangat, tipulah kalau anda kata anda tak termenung jauh, cuba untuk memikirkan segala masalah hidup dan reflect serta muhasabah diri. Haa, samalah kita.

Paling penting, bila memandu ni, ada saja perkara yang terlintas dalam fikiran kita, tak kiralah perkara tu daripada peristiwa yang lepas atau apa yang anda lihat semasa memandu.

Kalau tanya kami, ini 3 perkara yang confirm akan terlintas dalam fikiran setiap kali memandu, nombor 3 tu kami jamin ramai yang akan terfikir.

1. Penatlah, balik ni nak mandi, lepas itu terus tidur!

Siapa yang selalu memandu ke destinasi jauh atau dah terbiasa hadap kesesakan lalu lintas pada setiap hari, perkara ini adalah paling normal yang akan terlintas dalam fikiran.

Mana taknya, dah seharian kita berada di luar, badan kita ni kalau dah boleh bercakap, dia pun merayu-rayu minta untuk balik dan berehat!

Kalau nak balik rumah pun, terpaksalah hadap kesesakan lalu lintas serta jarak yang jauh. Memang bertambah penatlah ceritanya.

Jadi, kami yakin ‘penatlah, balik ni nak mandi, lepas itu terus tidur’ pastinya banyak kali terlintas dalam fikiran anda!

2. Ambil lesen dekat mana ni, reti bawa kereta ke tak?!

Haa, perkara ini kami yakin 100% memang akan selalu terlintas dalam fikiran anda setiap kali anda keluar memandu betul tak? Tipu kalau anda kata anda tak pernah terfikir macam ni!

Biasalah, bukan dalam hubungan saja kita perlukan komunikasi, atas jalan raya pun kita perlu berkomunikasi antara pemandu yang lain.

Jadi, bila ada pemandu yang tak bagi signal sebelum keluar simpang, terus pecut memotong, jenis yang hon-hon ni, memang akan menaikkan lagi rasa amarah dan terlintas pemikiran ‘ambil lesen dekat mana ni, reti bawa kereta ke tak?!’.

3. Kesiannya, nak tolong tapi tak boleh.

Bila memandu, semestinya kita akan peka dengan keadaan sekeliling kita kan?

Kadang-kadang tu, bila tengah sangkut dalam kesesakan lalu lintas, mesti kita akan ternampak haiwan-haiwan seperti kucing atau anjing yang cuba untuk melintas jalan atau cuba mencari makan.

Haa, dari situ mulalah kita terfikir, ‘kesiannya, nak tolong tapi tak boleh’ atau ‘alamak, aku tak bawa pula makanan untuk haiwan’.

Kami faham sangat pemikiran ini lagi-lagi mereka yang pencinta haiwan.

4. Bosanlah hujung minggu ni, nak pergi mana eh?

Perkara terakhir yang selalunya akan terlintas dalam fikiran anda mesti ‘bosanlah hujung minggu ni, nak pergi mana eh?’ betul tak?

Haa, kalau sebelum ini anda selalu fikirkan tentang perkara ini, kini tak perlu risau lagi sebab kami ada cadangan tempat yang paling best untuk luangkan masa pada hujung minggu!

Nak tahu? Meh sini meh kami kongsikan!

Hujung Minggu Pasti Meriah, Ini 5 Tempat Wajib Singgah Yang Akan Buat Adrenaline Rush!

Untuk anda yang tiada perancangan atau aktiviti untuk dilakukan pada hujung, daripada anda terperuk duduk dalam bilik, apa kata anda pergi ke Gamuda Cove!

Untuk pengetahuan, Gamuda Cove hadir dengan 5 tempat tarikan mereka serta antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan tau. Dengar pun dah tahu best!

Antara taman tema menarik yang Gamuda Cove tawarkan adalah:

1. SplashMania Waterpark

Kalau anda selalu pergi ke sungai untuk bermandi-manda atau berkhemah, apa kata anda level up sikit dan datang ke SplashMania Waterpark! Kami jamin 100% hujung minggu anda pasti akan lebih seronok!

Kenapa? Sebab terdapat 24 jenis gelongsor air mendebarkan serta terdapat 15 tarikan utama yang pastinya akan berikan anda keseronokan yang luar biasa tau!

Kalau anda tahu apakah antara aktiviti yang SplashMania Waterpark tawarkan, anda klik saja pada pautan ini, https://glplay.com.my/splashmania

2. Discovery Park

Untuk anda yang sukakan cabaran atau aktiviti lasak, kami cadangkan anda datang dan rasai sendiri adrenaline rush di Discovery Park!

Apa yang best dekat sini adalah ia terletak di tengah-tengah alam semula jadi yang berkeluasan 23 ekar. Fuhh, macam ni barulah seronok nak buat aktiviti lasak kan?

Sesuai untuk aktiviti berpasukan atau pengembaraan, kami syorkan anda cuba setiap satu daripada aktiviti berikut:

– Aerobar
– Goosebumps Rope Course
– Paintball War Game
– Archery
– ATV
– RUD Karting
– Beach Pool Club, dan lain-lain

Fulamak, banyaknya aktiviti lasak yang boleh join! Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh tengok di https://glplay.com.my/discovery-park.

3. Paya Indah Discovery Wetlands

Kalau tadi kami ada cakap tentang mandi-manda dan berkhemah di sungai, kalau anda masih lagi nak ada feeling seperti ini, Paya Indah Discovery Wetlands adalah tempat yang tepat untuk anda!

Paya Indah Discovery Wetlands adalah tempat yang dipenuhi dengan alam semula jadi serta aktiviti-aktiviti yang ditawarkan adalah berdasarkan lanskap alam semula jadi. Bestnya!

Dekat sini, anda bukan saja boleh memancing tau, malah ansa boleh berkhemah serta menikmati keindahan alam semula jadi.

Antara tarikan di Paya Indah Discovery Wetlands adalah:

– Lawatan Safari-Insta

– Nature Wanderlust

– Jungle School Programme

– Pelayaran Bot

– Beri Makan Haiwan (Hippo & Crocodile)

– Berbasikal

– Memancing

– Memerhati burung, dan lain-lain

Wah, menariknya semua aktiviti yang ditawarkan, macam ni barulah seronok nak lari daripada realiti kehidupan.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Paya Indah Discovery Wetlands ni, klik saja pada pautan ini, https://glplay.com.my/wetlands.

4. Central Park Mesra Haiwan Peliharaan

Selain itu, kalau anda rasa nak keluar sekadar untuk luangkan masa berjalan atau berbasikal sambil menikmati pemandangan indah, anda boleh datang ke Central Park Mesra Haiwan Peliharaan.

Taman berkeluasan 60 ekar ini bukan saja sesuai untuk berjalan, jogging dan berbasikal tau, dekat sini anda boleh buat macam-macam aktiviti lain sebab ia mempunyai 3 tasik, taman permainan, jambatan penenun dan banyak lagi.

Memang sesuailah kalau anda hanya sekadar untuk rileks pada hujung minggu bersama yang tersayang.

5. Townsquare Park

Yang terakhir, untuk anda yang meminati flora dan fauna, anda boleh datang ke Townsquare Park sebab dekat sini anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Fuhh, memang confirm fikiran anda akan lebih tenang.

Menariknya, oasis berinspirasikan Eropah seluas 6.3 ekar yang terletak bersebelahan Townsquare Lifestyle Retail ini menampilkan beberapa air pancut yang megah serta landskap fauna asli tau.

Lagi best, taman ini juga berfungsi sebagai sebuah makmal hidup yang mana ia menunjukkan faedah kepelbagaian biologi yang dapat memupuk rasa menghargai yang lebih mendalam terhadap kesalinghubungan alam semula jadi. Haa, memang sesuai untuk anda yang nature lover!

Fuhh, banyak kan tempat-tempat menarik yang ada di Gamuda Cove ni? Jadi, tunggu apa lagi, hujung pun dah dekat dah ni, jomlah ajak kawan-kawan dan keluarga datang ke semua tempat tarikan ini!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Gamuda Cove atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...