May 9th, 2017

Melbourne. Orang kata, sekali kita menjejakkan kaki ke bandar ini, perasaan rindu dan keinginan untuk kembali semula pasti akan dirasai. Dinobatkan sebagai “most liveable city” untuk 6 tahun berturut-turut pada 2016, Melbourne mempunyai keunikannya yang tersendiri sehingga membuatkan kita terpanggil-panggil untuk terbang ke sana.
melbourne

Kawan-kawan Abang Nara yang pernah pergi ke Melbourne kesemuanya pernah berkata “rindu la nak jalan-jalan kat Melbourne.” Jadi Abang Nara pun tanyalah “apa yang best sangat Melbourne nie sampai kau nak pergi 2,3 kali?” Lalu mereka berkata “sekali kau pergi, dah rasai ketenangan Melbourne, lepak kat kafe sana, shopping sana, memang kau nak pergi lagi”. Tak puas hati dengan jawapan mereka, Abang Nara membuat sedikit kajian tentang kehebatan Melbourne.

melbourne

Rupa-rupanya memang banyak sangat benda ‘best’di Melbourne ini. Terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk sightseeing dan shopping. Nak lepak minum kopi pun terdapat kafe-kafe di merata tempat! Makanan halal pun sangatlah senang nak cari. Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di Melbourne ialah:-

1.Tengok keletah kanggaru, koala dan burung penguin di Phillip Island

Abang Nara yakin mesti mereka yang dah pernah pergi ke Phillip Island pasti akan merindui keletah haiwan-haiwan comel di sana seperti burung penguin, kanggaru dan juga koala. Anak-anak pun confirm suka dapat tengok haiwan-haiwan ini. Sambil-sambil itu korang boleh layan keindahan pantai di sana dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Romantik beb!!!
phillip island

2. Mencuba pelbagai jenis restoran

melbourne

Restaurant Rumi nie kalau baca review dia memang semua bagi 5 bintang

Bab makan di Melbourne memang best. Semua jenis restoran ada terutama sekali yang halal! Restoran-restoran halal di Melbourne sangatlah sedap, unik dan lain daripada yang lain. Antara yang popular ialah Restoran Rumi (Rumi Restaurant) yang menyediakan sajian istimewa Lebanon, Burger Edge yang menjual 100% daging burger halal, Red Spice Road yang menghidangkan “chicken rib” pujaan hati seluruh Melbourne dan banyak lagi. Confirm perut korang kenyang sepanjang percutian di Melbourne nanti.

3. Lepak minum kopi sambil menikmati ketenangan bandar Melbourne

melbourne

kafe macam nie bersepah di tepi jalan Melbourne

Orang kata apabila di Melbourne, kita perlu duduk minum kopi setiap hari sambil menikmati keindahan, ketenangan dan kenyamanan bandar ini. Bab nak cari kedai kopi atau cafe tak perlu risau sebab berlambak sangat di Melbourne. Bandar ini ibaratkan syurga bagi pencinta kopi dan penggemar kafe-kafe. Kopi dan makanan yang disediakan di kafe-kafe sana memang kaw-kaw sedap. Lagi best apabila bangun awal pagi dan nikmati sarapan yang disediakan di kafe-kafe itu, confirm menangis sebab sedap sangat.

melbourne

nampak cantik dan sedap sangat-sangat. Adui. Meleleh air liur dibuatnya

4.Merasai sendiri budaya dan kesenian bandar Melbourne

melbourne

Tarikan sebenar Melbourne yang menyebabkan ramai orang pergi 2,3 kali melawat bandar ini ialah kebudayaan dan keseniannya yang unik dan pelbagai. Pertama kali pergi memang orang akan merasa kagum melihat segala apa yang ditawarkan muzium, pertunjukan seni budaya, festival filem, festival muzik dan bermacam-macam lagi. Malah setiap tahun, jutaan pelancong akan hadir untuk merasai kemeriahan festival-festival seperti Moomba, the Melbourne International Arts Festival, Melbourne International Film Festival, Melbourne International Comedy Festival dan The Melbourne Fringe Festival. Sekali dah rasa keunikan budaya Melbourne, confirm korang akan jatuh cinta dan ingin kembali lagi.

melbourne

5.Shopping sakan di Melbourne

melbourne

Salah satu sebab ramai kaum wanita kembali semula ke Melbourne ialah keseronokan bershopping di sana. Ia merupakan ‘shopping heaven’ sebab banyak sangat tempat shopping dengan harga yang berpatutan. Antara nama-nama tempat shopping yang terkenal ialah Bourke Street Mall, Melbourne Central, Queen Victoria Village, Emporium Melbourne dan The Strand. Melbourne juga mempunyai pelbagai kedai-kedai atau brand yang tidak ada di Malaysia. Banyak benda rare yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Dinasihatkan untuk bawa duit yang secukupnya. Kad kredit jangan dilupakan!

melbourne

Sekiranya anda merindui Melbourne dan ingin terbang ke sana sekali lagi, ini adalah masa terbaik buat anda. AirAsia X kini sedang menjalankan promosi KL – Melbourne dengan harga bermula RM549 untuk penerbangan sehala bagi kelas ekonomi dan RM1,699 untuk flatbed penerbangan sehala. Murah kan? Tapi tempoh promosi ini amat terhad iaitu bermula dari 1 sehingga 21 Mei ini untukpenerbangan 1 Mei sehingga 30 September 2017. adi tunggu apa lagi? Refresh balik memori anda di Melbourne bersama AirAsia X!


Comments are closed.

Loading...