December 4th, 2014

Abang Nara merupakan pengguna setia minyak PETRONAS. Sejak pulang dari Korea pada tahun 2008 sehingga ke hari ini, memang Abang Nara tak pernah isi minyak lain selain daripada PETRONAS untuk kereta tercinta. Jadi apabila PETRONAS menjemput diri ini untuk mengikuti konvoi “Experience To Believe” ke Ipoh sambil menguji minyak PETRONAS PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula, tanpa berfikir panjang terus Abang Nara bersetuju. Bukan senang peluang sebegini nak muncul kan?

primax 95

Lebih kurang 30 rakan media telah dijemput oleh PETRONAS untuk merasai sendiri kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Kami semua telah berkumpul di Publika, Mont Kiara sebelum berlepas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai konvoi ini. Antara fakta-fakta yang diberikan oleh YM Raja Mazhar Mohar Raja Mohar ialah minyak baru PETRONAS ini dibangunkan dengan kerjasama jurutera PETRONAS dan pasukan Formula F1 Mercedes AMG. Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Formula F1 Mercedes AMG baru-baru ini telah pun memenangi kejuaraan F1 untuk musim ini. Teknologi yang digunakan untuk menjana kemenangan ini telah pun dipindahkan ke dalam PRIMAX 95 dan kita sebagai pengguna dapat merasai kehebatannya.

primax 95

Hujan renyai-renyai yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk merasai sendiri kelainan PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini. Sebelum berlepas, seperti biasa kenalah ambil gambar berkumpulan. Masing-masing excited tak ingat. Kami dibekalkan dengan Touch N Go, walkie talkie dan juga “PETRONAS Gift card” untuk mengisi minyak di stesen PETRONAS. Apa-apa pun, masing-masing diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati. Keselamatan harus diutamakan.

primax 95

Yeah~~ Itu dia bendera perlepasan. Kereta Abang Nara no 27 jadi diri ini berada dalam kumpulan ketiga. Kami akan memasuki lebuhraya PLUS dan berhenti di RnR Rawang untuk mengisi minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula di sana. Hujan masih turun jadi Abang Nara memandu dengan agak perlahan. Sepanjang perjalanan kami telah menerima arahan daripada ketua konvoi menerusi walkie-talkie yang dibekalkan.

primax 95

Ini wajah gembira Abang Nara ketika berhenti di stesen minyak PETRONAS RnR Rawang. Dah tak sabar nak mulakan perjalanan ke Ipoh setelah tangki kereta diisi penuh dengan minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula. Sedikit fakta untuk anda, selain daripada membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik.

primax 95

Kalau sepanjang perjalanan ikut lebuhraya je tak syok la kan? Kenalah masuk jalan kampung sikit untuk merasai sendiri prestasi optimum PRIMAX 95 baharu ini. Konvoi “Experience To Believe” ini membawa kami menikmati pemandangan indah selepas mengambil exit Bukit Tagar. Walaupun jalan kampung dan berselekoh, enjin kereta Abang Nara tetap bertenaga sepanjang perjalanan. Tak ada sebarang perbezaan. Itulah kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula ini.
primax 95 Keluar daripada jalan kampung, kami telah memasuki lebuhraya kembali. Kami dibenarkan memandu laju sedikit untuk merasai kuasa pecutan. Memang lancar. Seperti yang dikatakan, Abang Nara memang sejak dulu guna minyak PETRONAS. Memang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan lebih-lebih lagi bab penjimatan. Sememangnya dengan minyak PRIMAX 95 baharu ini kereta Abang Nara boleh pergi lebih jauh. Itu memang satu kelebihan yang Abang Nara rasai sejak dulu lagi.

primax 95 Selepas hampir 3 jam pemanduan, kami tiba jua ke destinasi iaitu Restoran Indulgence di Ipoh. Tengok tue Abang Nara buat ‘thumbs up’. Memang sangat-sangat puas hati dengan prestasi PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Rata-rata rakan media lain pun amat gembira. Kebanyakannya juga seperti Abang Nara yang merupakan pengguna setia PETRONAS. Orang kata kalau sekali dah rasa kehebatannya, memang akan terus setia guna sampai bila-bila lah.

primax 95 Selepas selesai makan tengah hari, kami pun bersiap sedia untuk berangkat pulang. Seperti biasa kenalah ambil gambar kumpulan dulu. Semuanya puas hati dengan perjalanan pergi yang telah melalui jalan kampung dan lebuhraya tadi. Untuk perjalanan pulang pula, kami hanya akan melalui lebuhraya sahaja. Inilah peluang untuk menekan pedal minyak untuk rasai sendiri kelebihan PRIMAX 95 baharu ini. Memang laju dan pantas. 2 jam setengah je dah sampai di Publika. Terus kami diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada jurutera minyak PETRONAS.
primax 95 Banyak soalan-soalan menarik dikemukakan oleh mereka yang mengikuti konvoi “Experience To Believe” in. Kesemuanya dijawab dengan tenang dan penuh terperinci oleh jurutera minyak PETRONAS yang bernama Mohd Hafiz ini. Secara peribadi, kesimpulan yang Abang Nara boleh lakukan selepas mengikuti konvoi ini ialah PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini memang merupakan minyak terbaik yang boleh digunakan untuk kenderaan anda. Kalau anda belum cuba, silalah bawa kenderaan anda ke stesen minyak PETRONAS berhampiran dan rasai sendiri perbezaannya. Anda pasti akan kagum.
primax 95 Abang Nara dah pun mengalami kecekapan baharu dengan PETRONAS PRIMAX 95. Anda bila lagi? Maklumat lanjut jangan lupa layari www.primax.my.


Comments are closed.

Loading...