April 11th, 2016

Kebanyakan drama Malaysia kini temanya lebih berkonsepkan kisah cinta, wanita dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa keadaan.  Mungkin ada yang suka dengan cerita sebegitu tetapi tak kurang juga mereka yang sudah merasa muak dengan plot yang sama.

Sebagai seorang aktres, Tiz Zaqyah juga berpendapat bahawa jalan cerita drama Malaysia harus mempunyai perubahan lebih-lebih lagi mereka yang suka memperlekehkan kaum Hawa. Buat Tiz, penghasilan drama bukan kerana untung semata-mata tetapi mereka harus membentuk minda masyarakat dengan lebih baik.

Industri perlu perubahan kerana sampai bila kita mahu memberi persepsi wanita ini lemah. Jika penonton menggemari drama berkisarkan cinta, mengapa tidak mendidik mereka dengan sesuatu yang berbeza. Andai kita terus selesa dengan paparan yang sama, siapa yang akan mengambil langkah untuk melakukan perubahan.

Jelas Tiz, bukan beliau sahaja berfikiran seperti itu tetapi pelakon lain juga ada meluahkan perkara yang sama sebelum ini tetapi tidak diambil peduli.

Bukan hanya saya, tetapi ramai pelakon lain turut meluahkan pandangan yang sama. Sejujurnya, saya mahukan perubahan kerana kebanyakan jalan cerita drama tempatan tersasar jauh daripada realiti kehidupan.

Mungkin sudah tiba masa untuk pembuat filem ataupun drama melakukan sedikit perubahan dalam karya mereka. Jangan hanya ikut trend sahaja dengan cerita cinta tetapi cuba lakukan perkara baharu untuk menarik minat penonton.

Sumber Berita : Berita Harian


Comments are closed.

Loading...