Sedia maklum, ketika ini drama berjudul Setia Itu Mahal sedang menjadi bualan hangat di platform media sosial susulan jalan ceritanya menarik perhatian ramai.
Anna Jobling tak pandai berlakon?
Biarpun drama berkenaan kini sedang menjadi pilihan utama tetapi lakonan Anna Jobling yang memakaikan watak Dalina dalam drama tersebut tidak disukai ramai.
Menurut penonton yang mengikuti drama tersebut, mereka meminta Anna untuk memasuki kelas lakonan kerana kelihatan kaku.
Cerita dah sedap, kawan-kawan sekerja dalam cerita pun dah sedap. Tapinya…
“Jadi bosan drama ni..”
Lagi-lagi apabila Anna perlu memainkan babak menangis, netizen berpendapat aktres itu seperti tidak dapat menjiwai watak dengan baik dan membuatkan babak epik menjadi bosan.