JAKIM Wajibkan Penapis Air Perlu Ada Pengesahan Halal Sebelum Dijual

Trending

JAKIM Wajibkan Penapis Air Perlu Ada Pengesahan Halal Sebelum Dijual

Pada masa kini penggunaan alat penapis air menjadi keperluan setiap keluarga di rumah. Masyarakat semakin sedar serta ambil peduli tentang kesihatan mereka dan mahu mendapatkan bekalan air bersih yang berkualiti.

Mendapat permintaan tinggi daripada pengguna, ia sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka. Bermacam-macam pilihan yang ada dengan tawaran harga menarik bagi pengguna untuk mendapatkan penapis air yang diinginkan.

Advertisement

Bagaimanapun, hasil kajian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengejutkan ramai apabila 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah menggunakan bahan daripada sumber tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.

penapis air halal

Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain). Berdasarkan pemeriksaan lapangan yang dijalankan,  mereka menemui penapis air yang mengandungi bahan dari sumber haiwan seperti tulang dan lemak. Tidak mustahil tulang tersebut diambil daripada sumber haram atau syubhah.

Sehubungan dengan itu, JAKIM  dengan tegasnya telah mewajibkan setiap jenama penapis air terutama diimport dari luar negara perlu mendapat pengesahan halal sebelum dibenarkan berada di pasaran.

Oleh itu, orang ramai terutama pengguna Islam jangan mudah tertipu dengan harga yang murah serta tawaran menarik lain. Pastikan produk penapis air mempunyai pengesahan halal dan menggunakan sistem penapisan air yang betul.

Sumber Berita : Harian Metro

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...