Dua kumpulan produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan dicemari dengan DNA babi kini dikatakan halal untuk dimakan orang Islam, seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.
Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab kepada hal-ehwal agama Islam berkata, 11 sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan the Cadbury Dairy Milk Roast Almond telah dihantar terus dari kilang Cadbury ke makmal khas untuk diuji.
Katanya pada wartawan:-
DNA babi tidak ditemui dalam sampel.
Cawangan Cadbury Malaysia telah menarik balik edaran dua kumpulan produk coklat yang ditemui terdapat DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Sabtu lepas.
Tetapi Jamil Khir berkata hari ini yang mungkin terdapat kesilapan pada ujian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan memandangkan sampel tidak diambil terus dari kilang Cadbury.
Ada kebarangkalian bahawa ujian sampel terdahulu telah ‘tercemar’, menyebabkan DNA babi dikesan, tambahnya.
Menteri itu turut berkata yang Jakim akan mempertimbangkan untuk menarik penggantungan status halal bagi dua produk Cadbury itu berikutan keputusan terbaru ini.
Laporan asal: The Malay Mail