JAKIM Sahkan Gula-Gula Arnab Atau ‘White Rabbit’ Tidak Halal Mengandungi DNA Lembu Dan Babi

Trending

JAKIM Sahkan Gula-Gula Arnab Atau ‘White Rabbit’ Tidak Halal Mengandungi DNA Lembu Dan Babi

Siapa yang pernah membesar tahun 90an dan awal tahun 2000 pastinya tahu kerana ianya sangat terkenal dalam kalangan budak-budak. Sebut sahaja gula-gula White Rabbit ataupun lebih senang dipanggil gula-gula Arnab pastinya semua pernah mencubanya.

Tetapi baru-baru ini ada satu berita buruk yang mungkin anda sendiri tidak mahu mendengarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuiziah Salleh mengumumkan kenyataan di TV Al Hijrah yang gula-gula ini TIDAK HALAL.

Advertisement

Kementerian mengesahkan produk tersebut mengandungi protein babi selepas dilakukan ujian. Manakala pihak JAKIM menemui DNA lembu dan babi.

Selepas mendapat pertikaian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama pada bulan Mei lalu, produk tersebut telah dihantar untuk uji kaji di Jabatan Kimia Negara.

gula gula arnab
Produk gula-gula White Rabbit ini dihasilkan di negara China dan dipasarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang tidak pernah meminta sebarang sijil halal. JAKIM mula mempertikaikan status halal produk tersebut setelah khabar angin mengenai status halalnya tular di laman sosial.

Sumber: The Rakyat Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...